Selain Normala, beberapa lagi bekas pengacara rancangan majalah wanita itu turut hadir seperti Nurfarahin Jamsari, Christine Ling, Ezzah Aziz Fawzy, Raja Mazian Raja Mohamed, Nurul Syuhada Nurul Ain dan Fara Fauzana.
Tambah Normala, biarpun sudah tidak terlibat dalam bidang penyiaran namun beliau masih mengikuti perkembangan semasa tentang industri dan melihat wajah-wajah baharu pengacara diketengahkan mempunyai potensi besar.
Dalam pada itu, berkongsi tentang perkembangan terbaharunya, Normala berkata, aktiviti hariannya sibuk dengan tugas-tugas biasa sebagai seorang isteri dan ibu.
"Saya kini menetap di Perlis tetapi sekali-sekala akan turun ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengikut suami. Selebihnya tiada apa yang menarik cuma aktiviti saya kebanyakkannya lebih kepada menguruskan rumah tangga seperti kebanyakkan wanita lain," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Normala berkata, beliau gembira melihat evolusi program Nona yang semakin berkembang dengan pengisian lebih mantap berbanding zamannya.
Malah katanya, selepas 30 tahun, Nona masih berada di kedudukan tersendiri dan berharap ia akan terus menjadi pemangkin kepada generasi akan datang menerusi pengisian yang dipaparkan.
"Saya kali terakhir muncul dalam Nona pada 2004 dan sejak itu pelbagai perubahan telah berlaku sejajar dengan teknologi dan kuasa media sosial.
"Pun begitu Nona tetap berada di kedudukannya tersendiri sehingga membuatkan ia mampu kekal tiga dekad lamanya," katanya.

0 Response to ""SAYA TAK BERHASRAT KEMBALI AKTIF DALAM BIDANG PENGACARAN" - NORMALA SAMSUDIN "
Post a Comment