Insiden kemalangan ini berlaku di depan mata saya sendiri di depan Tenaga Cergas (Terengganu).
Pakcik dikenali, Pakcik Shah Petai meluru lari dan dilanggar oleh sebuah bas. Allahuakbar!
Tiba-tiba datang seorang pelajar perempuan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) berbangsa Cina sedaya upaya melakukan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) atau penafasan dari mulut ke mulut tanpa berhenti.
Saya yang melihat kejadian itu menjadi sebak sangat. Gadis itu pula menjerit-jerit dan memanggil pakcik itu.
"Uncle! Uncle!" jeritnya yang meminta pakcik itu sedar.
Pakcik Shah masih tidak sedarkan diri. Tidak lama kemudian, polis tiba di tempat kejadian dan terus memeriksa nadi pakcik Shah. Ternyata pakcik Shah masih bernyawa.
Gadis Cina ini masih berusaha tanpa berputus asa dengan menekan-nekan dada pakcik Shah. Air mata saya mula menitis sebab gadis ini hanya mengharapkan satu kemungkinan.
Tanpa dikenal siapa yang dia hulurkan pertolongan, tanpa mengira bangsa dan agama, dia di hadapan puluhan lelaki benar-benar membuatkan saya sebak.
Kagum, saya kagum sangat!
Gadis Cina itu yakin dapat menyelamatkan pakcik itu.
Menurut penumpang bas yang sempat menyaksikan kejadian itu berlaku berkata, pakcik Shah muncul entah dari mana dan berlari ke arah bas sebelum dilanggar.
Saya diberitahu, pakcik Shah akhirnya pergi jua. Al-fatihah.
Buat gadis Cina berkenaan, you are one in a million. You really touched my heart. Jiwa kaunseling saya tersentap. - Are DA MambangDiawan
0 Response to "TERBAIK.!! Tindakkan yang sangat di puji. Jarang ada gadis sedperti ini. Memang sangat teruja dapat berkenalan dengan beliau. Owsome .!! #viral #semasa"
Post a Comment