GEMPAR..!!! Apakah punca kematian dan ramai yang menerima rawatan ni?? Arak?? Campur...... la hai.. ape la kerja korang ni. Arak itu haram. Dan campurkan pulak tu.. Naya betol. #viral #update



BANDUNG – Sembilan orang maut dan 19 lagi dirawat di hospital selepas meminum arak buatan sendiri di daerah Garut baru-baru ini.
Jurucakap polis, Ade Suryana berkata, enam mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital dan tiga lagi maut di rumah.
Katanya, semua mangsa dilaporkan minum arak buatan sendiri pada Selasa lalu sebelum sakit.
“Sehingga ini enam mangsa meninggal dunia di hospital dan tiga lagi di rumah.
“Seramai 19 lagi mangsa kini dirawat di hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya.
Menurutnya, mangsa maut akibat kegagalan organ berfungsi selepas meminum arak buatan sendiri yang mengandungi kadar alkohol melebihi 70 peratus.
“Mangsa dipercayai meminum sejenis minuman herba yang dijual di warung sebelum dicampur dengan alkohol,” jelasnya.
Polis menyiasat suspek yang menjual arak berkenaan kepada mangsa.
Beberapa bulan lalu, 17 maut di daerah ini selepas meminum arak buatan sendiri. –Agensi/myMetro Online

0 Response to "GEMPAR..!!! Apakah punca kematian dan ramai yang menerima rawatan ni?? Arak?? Campur...... la hai.. ape la kerja korang ni. Arak itu haram. Dan campurkan pulak tu.. Naya betol. #viral #update"

Post a Comment