KUALA LUMPUR – DAP menegaskan segelintir orang Melayu yang menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 baru-baru ini tidak hadir ke perhimpunan itu sebagai umat Islam.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebaliknya berkata, Melayu yang menyertai perhimpunan itu datang tanpa identiti agama mahupun bangsa kerana pada mereka semua peserta Bersih 4.0 adalah sama.
“Bersih 4.0 adalah batu loncatan dalam bina negara bangsa kerana peserta datang bukan sebagai Muslim, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh atau Taoists. Mereka hadir sebagai patriot negara,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh PKR, DAP dan beberapa NGO yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk lesbian dan gay pada 29 dan 30 Ogos lalu gagal meraih sokongan ramai rakyat Malaysia.
Perhimpunan jalanan tanpa permit itu turut didominasi oleh kaum Cina, jauh berbeza berbanding tiga edisi perhimpunan Bersih yang dianjurkan sebelum ini.
Peserta perhimpunan itu yang majoritinya penyokong parti pembangkang turut bertindak biadap dengan memijak-mijak gambar Presiden PAS yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama (Islam) Sedunia dalam satu upacara semasa perhimpunan haram itu berlangsung. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "GEMPAR.!!! " Yang datang ke perhimpunan BERSIH 4.0 itu Melayu tetapi bukan mewakili ISLAM" - DAP #viral #semasa #update"
Post a Comment