KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan & Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ke perhimpunan Bersih 4 yang lalu tidak akan mendatangkan sebarang ancaman kepada negara.
Nazri juga mendakwa, Tun Dr Mahathir berdolak dalih kerana terdahulu bekas Perdana Menteri ini menolak demokrasi, namun kini dia menyertainya pula.
"Dia pun sudah berubah sikap. Dulu kata demonstrasi bukan budaya kita tetapi bila sudah tua, 90 tahun, baru sedar ini merupakan budaya baru dan dia pun hendak sertai sekali.
"Okaylah macam itu. Lagipun saya tidak fikir orang tua macam itu akan rosakkan harta benda atau baling bom. Makin ramai orang tua macam Tun Dr Mahathir lagi bagus," katanya dalam sidang media di Festival Kraft Antarabangsa Kuala Lumpur 2015.
Terdahulu, Tun Dr Mahathir menjelaskan, kehadirannya ke perhimpunan itu adalah bagi menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan setelah segala prosedur yang 'halal' telah ditutup oleh Najib semata-mata untuk terus berkuasa dan memperbodohkan rakyat. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "KURANG AJAR.!! Sesuai ka seorang menteri meluahkan perkataan yang sangat teruk kepada MANTAN PM kita??? Kalau tak mau hormat pangkat pun takpa. Hormat beliau sebagai orang tua sudah la. Nak tau dia cakap apa??? Jom baca SINI. #viral #update #haters"
Post a Comment