Pangsapuri milik Lim Chin Ting, 74 dan #isterinya Soh Siew Zhen, 66, sangat mengerikan. Ruang tamu pangsapurinya di penuhi sampah, dan lipas.
Lipas, bahkan berkeliaran ke bilik jiran tetangga Lim dan Soh, jelas seorang jiran yang bernama Nur Ashikin Zainol. Saban malam, Nur terpaksa menutup rapat pintu dan tingkap agar lipas tidak masuk ke dalam rumah beliau.
"Setiap hari kami #menjumpai hingga 10 lipas di dalam rumah kami. Lipas juga pernah hampir masuk ke telinga anak saya. Bahkan juga pernah masuk ke dalam seluar. Sungguh menyeramkan," kata Nur.
Nur menambah bahawa dirinya juga selalu mencium bau busuk dari apartmen #Lim dan Soh. Bau busuk muncul dari barang-barang seperti tumpukan akhbar, pakaian kotor, botol, dan bekas-bekas kosong.
"Di sana banyak barang-barang bekas yang #membusuk. Hanya ada lorong sempit untuk berjalan," katanya.
"Lipas juga berjalan merangkak ke dinding. Tapi Lim dan Soh cuek seperti memelihara mereka," katanya lagi
Sementara itu, Lim berkata bahawa isterinya-lah yang #hobi mengumpul barang. Peristiwa itu terjadi pada lima tahun lalu. Lim sendiri tidak tahu apa punca isterinya mengumpul barang lama.
"Dia yang menimbun barang. Jika saya menyentuh #barangnya dia akan amat marah," kata Lim yang sudah tinggal di sana sejak 1977.
"Setiap hari dia membawa pulang dua atau tiga beg berisi barang bekas," lanjut Lim.
Pihak berkuasa yang bertangungjawab di #Singapura mengaku terkejut dengan pangsapuri yang dihuni Lim dan Soh. Mereka akan memeriksa pangsapuri itu kerana berpotensi menggangu kesihatan pemilik dan orang lain.
"Kami akan menyembur racun serangga," kata pihak berkuasa tersebut
0 Response to "*Inilah Rumh Ter"KOTOR" dan menggelikan di Singapura"
Post a Comment