Baru baru ini, penyanyi Nur Aishah Aziz, 20, telah mewarnakan rambutnya dengan gabungan warna ungu dan kelabu.
Tindakannya mewarna rambut itu telah mengundang reaksi pelbagai pihak.
Menurut Aishah, perubahan imej itu dibuat secara spontan. Namun dia enggan melatah dengan komen negatif yang diberikan oleh orang ramai.
Klik gambar untuk size besar
"Sebenarnya saya tidak merancang mewarnakan rambut kerana tujuan asal saya ke salun adalah untuk memotong dan membuat rawatan rambut.
"Secara spontan saya membuat keputusan menggabungkan dua warna kegemaran iaitu ungu dan kelabu. Saya enggan ambil pusing kata-kata orang kerana berpendapat setiap individu mempunyai pandangan tersendiri.
"Menarik juga membaca komen-komen yang ditinggalkan di akaun Instagram milik saya kerana tidak sangka orang memberi perhatian kepada perlakuan dan imej saya.
"Biarlah jika ada pihak kata saya meniru imej Kylie Jenner atau saya nampak tua dengan warna rambut ini, saya terima saja.
"Jujur saya katakan, ummi saya juga tidak menyukai imej baru saya ini namun dia menegur secara baik," ujar Aishah dipetik sebagai berkata.
Tambah Aishah, dia sudah lama menyimpan impian untuk menggubah warna rambut, tetapi tidak mempunyai keberanian dan kekuatan berbuat demikian.
Dalam perkembangan terbaharu, dia yang kini mengikuti program Honda Family Roadtrip kelolaan stesen radio Hot FM di Perak, meluahkan rasa teruja diberikan kesempatan meneroka segenap pelusuk negeri-negeri di Malaysia.
"Saya begitu teruja dipanggil oleh Hot FM kerana belum pernah menjejakkan kaki ke Perak. Sukar untuk saya ungkapkan pengalaman berada dekat dengan peminat di kawasan-kawasan luar bandar.
0 Response to "PANASSS..!! Artis yang sedang meningkat naik Nur Aisyah Aziz bikin kontroversi panas.!! Pelakuan yang menyebabkan..... ??? Cuba lihat foto 5, memang buat hati jadi cair. #viral #artis"
Post a Comment