PANASSSS.!!! .. Akibat terlalu kerap melayan whatsapp mereka............. memang terbaik. Susah nak jumpa bende ni kat luar. MARVELOUS.!! #viral #update #whatsapp

KUANTAN - Pasangan suami isteri perlu berhati-hati ketika bersembang di laman sosial terutamanya melalui aplikasi WhatsApp dan WeChat kerana ia boleh menjadi punca hubungan renggang dan menuju ke arah perceraian jika tersilap langkah.



Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata, penggunaan teknologi itu dibolehkan berdasarkan peredaran masa, tetapi ia tidak sampai melalaikan.

Katanya, kewujudan kemudahan itu menyebabkan hubungan dalam keluarga semakin renggang hingga memberikan kesan negatif. 

"Dalam isu ini, saya ingin menegur kerana kemudahan ini jika disalahgunakan ia akan merenggangkan hubungan keluarga. Sebagai contoh, walaupun pasangan suami isteri duduk semeja tetapi mereka lebih suka bersembang dengan orang luar melalui telefon.

"Disebabkan interaksi semakin kurang, ia bukan sahaja membabitkan pasangan itu sendiri, malah anak turut menerima kesannya disebabkan kurangnya perhatian dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.

"Bagi JAP, kita sedia mengkaji sejauh mana kesan penggunaan kemudahan itu yang boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan," katanya semalam.

0 Response to "PANASSSS.!!! .. Akibat terlalu kerap melayan whatsapp mereka............. memang terbaik. Susah nak jumpa bende ni kat luar. MARVELOUS.!! #viral #update #whatsapp"

Post a Comment