PEDIH mata, tekak kering, dan hidung terasa ketat, pernahkah anda mengalami gejala-gejala tersebut sejak belakangan ini?
Sekirnya anda merasai salah satu situasi di atas, bersegeralah mengambil langkah kanan kerana anda mungkin merupakan mangsa kepada pencemaran udara iaitu jerebu.
Sepertimana yang dikatakan, keadaan cuaca yang agak ‘kasar’ pada ketika ini seakan dipandang sebelah mata sahaja, di mana isu alam sekitar biasanya jarang dilihat sebagai isu utama masyarakat.
Mengapa kami mengatakan demikian adalah mudah, ini kerana manusia akan mula bersuara apabila kesan besarnya mula dirasaikan sendiri oleh mereka.
Paling tidak kejadian jerebu elok diambil sebagai saat boleh didik (teachable moment), peluang belajar tentang persoalan berkaitan jerebu ini adalah lebih tinggi ketika ia sedang berlaku kerana orang ramai sedang berdepan dengannya dan mempunyai persoalan tentangnya.
Secara umumnya tidak ramai yang tahu tentang Indeks Pencemaran Udara (IPU), kecuali yang pernah melalui pengalaman jerebu sebelum ini. Lebih sedikit daripada itu yang tahu apakah jenis pencemar yang terkandung di dalamnya.
Tidak apa, sekurang-kurangnya indeks tersebut sudah biasa didengar meskipun tidak ramai yang akan menghafal bacaan indeks dan status yang diwakilinya.
Ketika musim jerebu yang teruk pada tahun 1997 dan 2006, kritikan utama kepada kerajaan ialah kesukaran mendapat maklumat.
Sudah tentu perkara ini penting kerana ia melibatkan hal kesihatan yang boleh bertukar menjadi serius dalam tempoh singkat.
Kerajaan seharusnya mengambil langkah yang lebih tangkas dan bijak di dalam menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan isu kesihatan ini.
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, langkah-langkah awal haruslah disediakan kerana Malaysia bukan lagi merupakan negara yang pertama kali dilanda isu jerebu.
Berbalik kepada isu jerebu yang melanda negara di saat ini, maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mendedahkan kejadian jerebu pada ketika ini adalah berpunca daripada aktiviti pembersihan hutan di ladang Sumatera, Indonesia.
Monsun barat daya yang bermula akhir Mei lalu hingga September ini bakal memberikan kadar kualiti udara yang tidak sihat kepada negara.
Manakala menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata, terdapat banyak titik panas telah dikesan di Indonesia iaitu enam titik panas di Kalimantan dan 84 di Sumatera.
Perkara ini membuatkan negara mengalami kadar IPU tidak menentu di beberapa kawasan utama dan di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi setakat ini iaitu telah mencecah 128.
Buat pengetahuan anda, kejadian jerebu yang paling teruk pernah dialami negara adalah pada tahun 1997 di mana Sarawak mengisytiharkan darurat buat pertama kali dalam sejarah.
Pada ketika itu, bacaan IPU mencecah kepada 625 iaitu jauh lebih tinggi daripada paras berbahaya antara 301 dan 500.
Dikuti dengan kejadian jerebu yang melanda negara pada tahun pada 2013, di mana pada tahun tersebut kerajaan telah mengarahkan kebanyakkan sekolah ditutup, aktiviti perkapalan ditunda dan mask penutup muka dibekalkan secara percuma.
Jadi kepada siapa hendak ditundingkan jari berkenaan hal jerebu yang sudah tiga kali merobek kebahagiaan atmosfera negara kita?
Sudah semestinya adalah jiran serumpun kita, iaitu Indonesia.
Dalam tahun 1990-an, kerajaan Indonesia seakan membenarkan kegiatan membakar untuk membersihkan tanah di Sumatera dan Kalimantan.
Gambar satelit yang diambil pada 4 Oktober menunjukkan 561 “kawasan panas” yang menunjukkan kawasan yang dibakar di Borneo.
Dikatakan, para pegawai di negara jiran sering mengadu bahawa kerajaan Indonesia tidak melakukan apa-apa untuk memberhentikan pembakaran ini.
Sebagai balasan, pegawai Kementerian Perhutanan menyatakan bahawa anggota bomba dan pesawat tentera telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran di tanah kerajaan, namun mereka mengaku bahawa kebanyakan pembakaran berlaku di tanah milik persendirian.
Media Indonesia pula sering menyalahkan syarikat perladangan dari Malaysia yang melakukan pembakaran hutan di Sumatera, antaranya ialah Guthrie dan Tabung Haji.
Kerajaan Malaysia pula meminta Indonesia segera mendakwa mana-mana syarikat perladangan yang melakukan pembakaran terbuka di sana.
Padahal sudah terang-terang gambar ‘torehan bumi’ yang diperolehi daripada setelit menunjukkan punca sebenar jerebu yang mengakibatkan kerugian berjuta-juta ini adalah daripada Indonesia.
Mungkin ini adalah pada tanggapan kami yang tidak begitu arif di dalam soal ‘politik’, tetapi berkenaan isu kebakaran hutan di Indonesia, beberapa persoalan lazim timbul sejajar dengan kepentingan kebabasan maklumat.
Persoalan kami ialah apabila pertikaian mengenai kelulusan pembakaran hutan timbul, tidak semua tahu siapa sebenarnya terlibat, kecuali beberapa nama syarikat yang didedahkan oleh pihak berkuasa di Indonesia. Yang menariknya, ada syarikat yang tampil menafikannya.
Kita juga tahu bahawa pendedahan yang dibuat tidak menyeluruh, sekadar beberapa jawapan bersifat politik yang seakan memindahkan kesalahan kepada pihak lain.
Ini menimbulkan pertanyaan lanjut tentang aspek penguatkuasaan yang ada di negara jiran.
Fakta bahawa Indonesia merupakan negara tunggal ASEAN (yang awal) belum menandatangani Perjanjian Pencemaran Udara Rentas-sempadan (ATHP) membuka ruang spekulasi bahawa kebakaran hutan di negara itu seperti disengajakan, atau sekurang-kurangnya tidak diberi kawalan yang sewajarnya.
Saranan kami adalah negara-negara ASEAN seharusnya melakukan rundingan muktamat bagi menangani isu yang telah bermula sejak dari 1990-an lagi.
Tertamanya Malaysia, kita seharusnya mendesak Indonesia untuk segera meratifikasi Perjanjian ATHP yan sepatutnya telah dimeterai pada tahun 2003.
Kini, masalah yang timbul adalah sama ada tindakan undang-undang patut diambil terhadap Indonesia yang dilihat sengaja tidak menandatangi pejanjian tersebut.
Mengikut undang-undang domestik, seorang pemilik rumah yang memulakan kebakaran secara sengaja atau tidak sengaja, bertanggungjawab bagi sebarang kerugian atau kemusnahan yang dialami jiran-jirannya, dengan itu doktrin serupa telah dirumuskan dalam undang-undang antarabangsa tersebut.
Prinsip asas undang-undang alam sekitar antarabangsa ini adalah peranan utama perjanjian ATHP di mana sesebuah negara tidak sepatutnya mengundang bahaya merentas sempadan.
Maka Indonesia boleh dihadapkan ke mahkamah antarabangsa dan ini mungkin alasan yang bermain di fikiran Indonesia agar tidak mentandatangi perjanjian terbabit.
Jika sebuah negara gagal mematuhi Perjanjian Asean, ia boleh dianggap telah melanggar ketetapan antarabangsa dan hukuman perlu selari dengan asas perjanjian itu.-Mynewshub.cc
0 Response to "ASAPPPP...!!! Jerebu dan Malaysia berpisah tiada.. Salah siapa?? Kenapa saban tahun berulang kali perkara ini?? #viral #update #semasa"
Post a Comment