SATU cubaan merompak di Brazil bertukar menjadi insiden yang melucukan apabila seorang anggota kumpulan perompak itu telah dibelasah oleh wanita yang juga seorang penggusti MMA!
Menurut sebuah laporan dalam MMAFighting.com, wanita tempatan yang cuba dirompak itu ialah Monique Bastos yang merupakan pengamal seni mempertahankan diri.
Bastos dilaporkan secara kebetulan sedang dalam perjalanan ke latihan jiu-jiutsubersama dua rakan lain semasa insiden tersebut berlaku.
“Saya sedang berjalan ke kelas jiu-jitsu saya apabila perompak yang bermotosikal itu tiba-tiba muncul dan berkeras mahukan telefon bimbit kami,” jelas Bastos kepada laman web tersebut.
“Saya perasan bahawa mereka tidak membawa sebarang senjata. Apabila mereka cuba untuk meloloskan diri, saya terus angkat tayar belakang motosikal mereka, lantas mengakibatkan mereka terjatuh ke atas jalan raya.
“Perompak yang berjaya mengambil telefon bimbit saya itu sempat melarikan diri, tapi saya berjaya ‘menangkap’ rakannya,” terang Bastos.
Penggusti MMA itu seterusnya mencekik perompak tersebut sebelum mengheretnya ke tepi jalan, di mana lelaki itu telah dibelit dengan kuat sementara menunggu kedatangan pihak polis.
Pencuri tersebut, Wesley Sousa de Araujo terpekik ‘terlolong’ sewaktu bahu dan tengkuknya dibelit kaki Bastos, sebelum diberkas polis 15 minit kemudian.
Dengan bangganya, Bastos mengakui bahawa itu bukanlah kali pertama beliau berjaya mematahkan cubaan merompak.
“Saya telah melaluinya beberapa kali sebelum ini, dan ini kali kedua saya melawan balik serangan oleh penjahat,” katanya.
“Dalam insiden lalu, dua lelaki berpisau cuba untuk merompak saya, tetapi saya berjaya mendapatkan kembali telefon bimbit saya dengan membuka langkah jiu-jitsu.
Ia sesuatu yang berisiko tinggi, tapi saya nekad untuk lakukannya demi menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan saya, jadi saya praktikkan apa yang dipelajari,” kata Bastos mengakhiri perbualan. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Hahaha belum tulis da gelak. Tapi memang lucu beb. Nak merompak. Sekali salah orang da. Terpekik terlolong member kene ..... Haha Jom tengok. Memang lawak abis.!!! #viral #update"
Post a Comment