SENSASI.!!! Semasa saya makan tadi, saya terdengar perbualan seorang pakcik yang mengatakan seorang pakcik takut dengar cerita bukan - bukan pasal SARAWAK. Kenapa ye??? Macam pelik ja bunyi takut dengan orang Sarawak?? Jom baca pendedahan ekslusif dari kami. Moga korang akan lebih faham cerita sebenar. #sensasi #viral


3 September 2015

Tadi, semasa lunch hour, sempat berjumpa dengan seseorang yang berkaitan dengan kerja. Dia kata anak dia nanti sambung belajar di Sarawak.

"Pakcik takut dengar cerita bukan-bukan di sana," katanya.

Dengan pantas saya mencantas perbualan pakcik itu. 

Bagi pendapat saya sendiri, tidak semestinya kita mendengar apa yang tak elok tentang sesuatu perkara, semua benda dianggap tidak elok. 

Semasa awal-awal belajar di Sarawak dulu, saya ingat lagi gambaran awal sebelum tiba di Sarawak. Benda yang sangat stereotype (tak perlu sebut pun tak apa). Tetapi akhirnya, saya sendiri yang menjadi individu antara yang paling sukar untuk meninggalkan negeri Sarawak. 

Pergaulan orang yang berlainan agama sangat bertoleransi. Saya ingat lagi bila dapat roomate berbangsa Iban, Frankie. Dia yang kejutkan saya untuk subuh. Malu kan? Dia juga yang belajar puasa macam mana. 

Seorang lagi kawan berbangsa Kayan, Roy, juga pernah menyuruh kami berhenti bermain gitar apabila sudah masuk waktu Maghrib. Dah dua kali malu okay? Tetapi, kadang-kadang kita buat salah di tempat orang, mengaku yang itu salah kita. Tidak salah untuk mengaku kesilapan kita kerana kita hanyalah manusia biasa dan selalu buat silap. 

Alhamdulillah, sehingga kini kami masih berkawan lagi walaupun berbeza umur. 

Komuniti orang Sarawak sangat utuh. Kawan-kawan semuanya friendly. Boleh dikatakan jika berjalan di Kuching, terserempak dengan kawan, mereka akan membuatkan kita rasa selesa bila berada di sana. Keluarga orang Sarawak juga sangat terbuka menerima kehadiran orang asing. Datang saja ke rumah mereka, dihidang dengan makanan seperti makan di kenduri kahwin. 

Itu yang membuatkan saya lemah dan menjadi gemuk. Hahaha!

Selain itu, paling susah semasa awal-awal berada di Kuching, masalah komunikasi. Bayangkan, dapat roomate semua orang Sarawak. Saya sendiri tidak memahami perbualan mereka. Namun, setelah dua tahun di Sarawak, sehingga kini saya masih lagi fasih berbahasa Sarawak.

Kalau tentang makanan, kalau tak tahu swee kang, RJ Ayam Penyet, baik ketuk saja kepala. Cuba makan Umai Ikan, ianya antara makanan yang paling sedap yang saya pernah rasa di Sarawak. 

"Tetapi pakcik takut nanti anak pakcik bawa orang jauh buat menantu," katanya.

Jangan risau pakcik, saya sendiri sangkut dengan orang Miri. Sehingga sekarang saya masih lagi sangkut, tak boleh lepas. Diulangi, tak boleh lepas. 

Pokok pangkalnya ialah, kita jangan terlalu stereotype. Kita terlalu melihat pada luaran berbanding melihat secara mendalam. 

Semasa belajar di Sarawak, bukan saja belajar untuk mendapatkan diploma, tetapi saya juga belajar tentang pengalaman hidup. Berkawan, bersosial, menangis, ketawa, memori semua itu yang akan membentuk kita nanti. Kita tidak tahu bila perkara-perkara itu akan membentuk kita. Tetapi bagi saya, selepas habis belajar di Sarawak, saya dibentuk sedikit dengan pengalaman semasa berada di sana. 

Itulah penerangan saya kepada pakcik dengan panjang lebar. Disebabkan perbualan pakcik itu disailang oleh saya dengan hujahan yang panjang lebar, pakcik itu mengangguk sahaja. 

Minta maaf ye pakcik.  - Khairul Asyraf

0 Response to "SENSASI.!!! Semasa saya makan tadi, saya terdengar perbualan seorang pakcik yang mengatakan seorang pakcik takut dengar cerita bukan - bukan pasal SARAWAK. Kenapa ye??? Macam pelik ja bunyi takut dengan orang Sarawak?? Jom baca pendedahan ekslusif dari kami. Moga korang akan lebih faham cerita sebenar. #sensasi #viral"

Post a Comment